Pesta Tanglung, juga dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh
dan Perayaan Kuih Bulan, secara tradisi ia menandakan berakhirnya musim
menuai. Orang Cina Malaysia meraikan pesta ini dengan berkumpul di rumah
bersama keluarga sambil bersembahyang, dan memakan kuih bulan,
sementara kanak-kanak bermegah-megah dengan rekaan terbaru tanglung
mereka. Pusat membeli belah dan mercu tanda di bandar seperti di Jalan
Petaling akan dihias berwarna warni dengan ribuan tanglung yang
dinyalakan, sementara pelbagai aktiviti lain kesemuanya menambahkan lagi
suasana perayaan ini.
Sekitar Hari Sambutan Pesta Tanglung SMK Bukit Mewah 2013...